Resepi Sambal Ikan Bilis Homemade ~ Terbaik Dari Shah Alam..

Assalamualaikum.. Hai semua.. Pada hari yang indah nie, walaupun jerebu saya nak share dengan korang semua satu lagi resepi turun temurun.. Iaitu sambal ikan bilis.. Kalau dalam nasi lemak tak de sambal ikan bilis nie tak sedap la nasi lemak tu.. Sambal  ikan bilis nie bukan sahaja makan dengan nasi lemak tapi kalau buat cucur or burger malaysia makan dengan sambal ikan bilis nie, perghh!! sedap.. Memang menjilat jari..!



Resepi Sambal Ikan Bilis

1- Ikan bilis satu genggam
2- Cili kisar satu mangkuk
3- bawang besar 1 biji
4- sos tiram 2 sudu besar
5- sedikit garam dan gula

Cara-cara Membuatnya

1- Cili kisar tu di blender sekali dengan bawang besar dan ketepikan..
2- Goreng ikan bilis sehingga garing dan rangup kemudian ketepikan..
3- Minyak gorengan ikan bilis tadi jangan di buang. Kalau minyak gorengan ikan bilis tadi sikit letak lagi sikit untuk masak cili yang di kisar tadi..
4- Bila sambal pun sudah pecah minyak, masukkan  sos tiram, garam dan gula ikut cita rasa masing-masing.. Kemudian masukkan ikan bilis yang dah di goreng tadi.. Kemudian tutup api.. Ha, kan dah siap.. senang jer..

Sambal ni ikut korang, kalau korang nak manis sikit letak gula lebih sikit.. Kalau nak masin letak garam lebih sikit.. Jangan sampai banyak sangat.. ikut tekak masing-masing.. Tapi lepas dah makan sambal ayam nie jangan lupa makan alfalfa dan lechitin.. Untuk detoks dan pecahkan lemak.. Baru la berat badan tak naik dan sihat.. Pastu tak de la lemak tu terkumpul dan jadi tepu kat dalam badan kita..

Ok la sampai sini sahaja nak share dengan korang.. jangan lupa buatnyer.. Ok daa.. Assalamualaikum..


MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments