Resepi Ayam Masak Goreng Kunyit

Assalamualaikum.. Hai semua.. Semoga sihat-sihat belaka.. hihi.. Alhamdulillah tengah malam tadi hujan dan bangun pagi nie, jerebu dah kurang sikit.. Matahari pun nampak terpacak kat atas masa bukak tingkap pagi tadi.. Hari nie langit nampak cerah.. Alhamdulillah.. Syukur sangat -sangat sebab Allah masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk hidup di muka bumi yang Indah ini.. Insha Allah..


 Tapi walaubagaimanapun, kesihatan kena jage.. Minum air masak banyak-banyak.. Pastikan menu yang kita makan seharian cukup khasiat dan zatnya.. Saya walaupun setiap menu yang masak ada sayur dan lauk saya tetap mengambil supplement shaklee dalam kehidupan seharian saya.. Dan seperti biasa supplement yang saya ambil pada waktu pagi iaitu B Complex, Multivitamin dan Vita C.. 3 supplement nie memang akan memberi tenaga kepada saya sepanjang hari dan mengurangkan stress sepanjang hari serta menguatkan sistem imun saya.. Insha Allah.. Satu family saya, saya wajibkan amik.. Ini salah satu usaha saya untuk memastikan kesihatan saya, suami dan anak-anak sentiasa sihat.. Insha Allah..

Sebenarnya hari nie, saya nak share kat korang semua salah satu menu lunch saya iaitu ayam goreng kunyit.. Sedap tau sehingga menjilat jari.. huhuhu.. Kalau tak cuba rugi.. Hubby pun puji sedap.. Ok jom kita tengok resepi ayam greng kunyit nie..


Resepi Ayam Goreng Kunyit

1- Ayam 6 ketul potong kecil-kecil (ikut citarasa nak potong besar mana)
2- Ubi kentang 1 biji - dihiris dan di goreng ( ikut korang nk letak kentang banyak mana)
3- 1 biji bawang besar*45- 5 ulas bawang putih*
4- setengah inci halia*
5- 1 biji tomato - potong 6
6- 1 biji bawang besar - dihiris
7-  1 helai daun kunyit - dihiris
8- sedikit garam
9- 2 sudu besar sos tiram
10- 1 sudu kecil kunyit

* yang betanda adalah bahan yang perlu di tumbuk

Cara - cara Membuatnya

1- Basuh ayam dan gaulkan ayam dengan kunyit, serbuk kari dan garam.. kemudian perapkan dalam 5-10 minit. Bila dah perap baru goreng, jangan goreng sampai garing.. Lepas goreng ayam baru goreng kentang.. Guna minyak yang sama supaya kentang boleh serap dan bersihkan minyak yang sudah di goreng ayam tadi.. Petua orang-orang tua..

2- Kemudian, tumis bahan-bahan yang sudah di tumbuk tadi sehingga naik bau dan bewarna kuning-kekuningan..

3- Lepas tu, masukkan serai yang sudah diketuk, cili padi, sedikit kunyit dan sos tiram.. Letak air sedikit.. Kacau dan bila dah mendidih letak sedikit garam.. Kalau da cukup rasa, baru letakkan ayam, kentang, bawang yang dihiris..

4- Kacau bagi sebati dan letakkan tomato dan daun kunyit.. Kacau bagi semua
nya sebati dan tutup api.. Da siap...!


Senang je kan.. Jadi korang pun boleh buat.. Sedap sehingga menjilat jari.. hihihi.. Ok, selamat mencuba.. Daaa... Assalamualaikum..



MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments