Resepi Donut Coklat Dan Donut Gula Yang Gebu Gebas

Assalamualaikum.. Hai semua.. Minum petang hari ini saya nak buat donut.. Da lame sangat tak buat donut.. Resepi nie maksu saya yang bagi.. First time saya buat tahun lepas, memang gebu donut ni..Pastu tak makan minyak.. Siap ade orang tempah lagi.. huhu.. Memang sedap sehingga menjilat jari..

Donut coklat

Donut nie memang sesuai untuk di minum petang.. Saya sebelum makan donut nie saya minum ESP Shaklee dulu supaya tak de la saya makan banyak sebab ESP Shaklee dapat kawal kita daripada nak makan banyak.. Mesti kena minum sebelum makan.. Donut saya nie, makan time panas-panas dan time sejuk pun sedap.. Kalau nak rasa kenikmatannya makn time panas-panas.. Pergh...!! memang terbaik..!! Tapi kalau sejuk pun donat nie still lembut dan gebu.. Kalau nak simpan esok pagi baru makan pun still lembut dan gebu jugak.. Petang nie, saya buat dua jenis, donut coklat donut gula..

Sebelum korang tengok resepi donat nie nak mintak jasa korang semua like link saya nie 'testimoni saya selepas consume Shaklee' kemudian korang like testimoni saya..  Saya nak menang 2 tiket percuma ke bali kalau dapat banyak like..

Donut gula

Resepi Donut Coklat Dan Donut Gula Gebu

1- 250g Tepung gandum ( bersamaan 2 cawan)
2- 1 biji kentang (rebus dan lenyek)

Kentang yang sudah direbus dan di lenyek.. Pastikan lenyek sampai hancur,,


3- 1 biji telur digaul dengan 1/2 sudu kecil garam

Telur yang sudah di campur dengan garam..

4- 2 sudu besar susu tepung
5- 2 sudu besar gula
6- 1 sudu kecil baking powder
7- 1 1/2 sudu besar majerin

Majerin yang sudah di cairkan

8- 1 3/4 sudu kecil yis
9- 70-100ml air ais

Cara-cara Membuatnya

1- Masukkan bahan-bahan kering dahulu ke dalam bekas dan gaulkannya..

Kesemua bahan kering dimasukkan dahulu.. Kemudian gaul bagi sebati..

2- Kemudian masukkan telur dan gaulkan hingga sebati

Bahan - bahan kering dan telur telah di campur dan gaul sebati..

3- Lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit ( letak sikit-sikit sampai doh tak lekat kat tangan)
4- Kemudian baru masukkan majerin dan uli sehingga doh tak lekat pada tangan..
5- Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik.. (uli selama 20  init kalau guna mesin, kalau guna tangan uli 30 minit)

Doh yang baru lepas di uli

6- Kemudian, perap doh dan tutup adunan dengan plastik wrap.. Dan biarkan doh naik dua kali ganda , anggaran dalam 1 jam. (saya letak dalam bekas tertutup jer..)

Doh yang sudah naik dua kali ganda

7- Bila dah perap 1 jam, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian taburkan tepung untuk bagi tak melekat pada tangan..

Doh yang sudah naik dua kali ganda dan di tumbuk untuk keluarkan angin.. Kemudian ditaburkan tepung untuk tak bagi melekat pada tangan ketika nak buat bentuk..

8- Kemudian, boleh la bentukkan doh dan biar sehingga doh naik dua kali ganda.. Anggaran dalam 30 minit..

Doh yang sudah dibuat bentuk dan di dibiarkan naik dua kali ganda dalam 30 minit..

9- Lepas tu dah boleh goreng.. Pastikan minyak penuh dan panas..

Pastikan minyak panas dan minyak penuh.. Nak masak donut nie kena sentiasa adjust api.. 

Da siap donat coklat dan donat gula.. Senang kan.. huhu.. Kalau malas nak buat boleh order dengan saya.. Saya jual dalam bekas polistrin.. Tapi kalau nak order banyak pun Insha Allah saya terima..






Saya letak dalam bekas polistrin nie, kalau saya jual..

Lepas da penat memasak kita rehatkan diri di taman dengan anak-anak dan suami.. Saya siap bawak bekal satu polistrin ke taman.. Kalau letak dalam polistrin nie senang nak bawak dan makan.. Saja nak menikmati makan donut yang gebu nie di taman.. huhu.. Disamping tu boleh bawak Kak Long Khaulah beriadah..





Ok la sampai sini sahaja saya nak share dengan korang resepi donut nie.. Jangan lupa cuba buat.. Selamat mencuba.. Daa.. Assalamualaikum..:-)


Bagaimana untuk menempah donut yang gebu ini??

Hubungi saya Siti Ruqaiyah +60147380367 Call/SMS/Whatsapp



MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments