Resepi Kentang Gareng Rangup Bersalut Breadcrum ~ Terbaik Sehingga Menjilat Jari!!

Assalamualaikum.. Salam jumaat semua... Hari nie adalah hari yang paing indah.. Alhamdulillah.. Hari nie jugak saya dapat satu resepi baru.. hihi.. Resepi nie sangat - sangat simpel tapi rangup dan enak.. Sehingga menjilat jari..



Inilah dia Resepi Kentang Goreng Rangup Bersalut Breadcrum..

Idea nie saya dapat masa tengah main bola dengan Kak Long pag tadi.. Saya memang bercadang nak masak kentang goreng ala-ala KFC macam sebelum nie, tapi tiba-tiba saya pikir balik apa kata ubah skit resepi.. Masa tengah main bola dengan kak long Khaulah tiba-tiba dapat idea nak buat resepi nie.. Resepi ini adalah salah satu menu lunch saya iaitu kentang  goreng rangup bersalut breadcrum..

Resepi Kentang Goreng Rangup Bersalut Breadcrum

1- Ubi kentang 2 biji ( direbus dan diletakkan garam 1 sudu kecil)
2- 1 cawan tepung gandum
3- 1 sudu kecil soda bikarbonat
4- 1 sudu kecik baking powder
5- 1 biji telur
6- 2 sudu kecil lada sulah
7- 1 sudu kecil garam
8- 1 cawan air
9- breadcrum

Cara-cara Membuatnya

1- Kentang tu di rebus dan di letakkan garam.. Bila kentang da empuk ketepikan..
2- Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan air.. kacau sehingga sebati..
3- Pukul telur sehinggah hancur dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.. Masukkan lada sulah dan garam..
4- Di dalam mangkuk lain letakkan breadcrum.. Bila tepung dan teur dah sebati boleh la letakkan kentang yang dah direbus ke dalam adunan tepung dan telur tadi.. Kemudian bila kentang sudah disalutkan dengan tepung boleh la letak ke dalam breadcrum dan goreng.. 

* Kalau boleh salutkan kentang ke dalam tepung satu-satu baru salutkan dengan breadcrum.. Buat banyak - banyak baru goreng..

5- Bila da siap boleh la hidangkan.. 

Tengok pun da terliur.. Belum makan lagi..

Korang jangan lupa cuba tau.. tak rugi buat.. OK sampai sini je nak share dengan korang resepi baru nie.. Selamat mencuba.. Assalamualaikum.. Daa.... ;-)



MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments