Multivitamin (Vita Lea) Cepat Bertindak Dalam Menstabilkan HB Bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum.. Hai semua.. Apa itu Multivitamin (Vita lea)? Kenapa saya selalu ambil supplement nie? Sebelum saya menerangkan dengan lebih detail tentang supplement Multivitamin (Vita Lea ) Shaklee nie, saya nak cerita dengan korang kenapa tiba-tiba saya ambil supplement nie.. OK, start saya makan supplement vita lea nie masa kandungan saya 32minggu.. Kalau korang nak tau saya mengandung anak kedua nie HB selalu rendah.. Sebab tu la saya selalu pening kepala.. Kadang-kadang rasa nak pitam.. Badan pulak selalu lesu jer..


Pastu satu hari, husband saya cakap la, badan tak cukup zat ke sampai sakit macam nie.. Sebab masa anak pertama HB saya ok.. Pastu suami saya cakap la apa kata try makan Shaklee sebab isteri kepada kawan dia makan Shaklee Alhamdulillah nampak kuat, bertenaga walaupun preganant.. Perut da besar pun still lagi boleh beraktiviti.. Jadi , bila saya dengar tu saya pun ok gak kalau macam tu.. Kita try je la.. Tapi sebelum nak beli tu saya seacrh dulu tentag supplement nie.. Bila saya search Alhamdulillah saya dapat satu keyakinan supplement nie adalah supplement semulajadi.. Insha Allah takkan ada kesan yang buruk kalau kita nak makan.. Malah bagi kebaikan pada badan kita..

Kemudian saya pun beli supplement Vita lea nie.. Sehari sebiji jer saya makan.. Selepas sarapan pagi, selalunya saya akan makan.. Alhamdulillah stu hari saya buat kerja rumah saya dah tak pening kepala, badan bertenaga sepanjang hari.. Yang bestnya bila gi check up minggu depannya HB saya stabil sebab tu da tak pening kepala.. Yang paling saya seronok, saya ganti puasa masa kandungan saya 33minggu ke atas, saya tak rasa lapar.. Masa sahur saya ambil 1 biji vita lea nie, Alhamdulillah masalah kesihatan saya dapat diselesaikan.. Bersyukur sangat-sangat..

Jom kita tengok apa yang saya search tentang Vita Lea Shaklee nie..

APA ITU MULTIVITAMIN (VITA-LEA) SHAKLEE?

Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina.

 Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

JOM KITA TONTON VIDEO INI..




VITAMIN YANG TERKANDUNG DALAM VITA LEA SHAKLEE

Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

Boron – Membantu dalam metabolisma

Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung   

Vita A -  Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat. 

Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung  berdarah.

 Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

 Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

 Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf,  baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka. 

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

 Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

 Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia. 

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

 Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda
Kandungan yang terdapat dalam  Vita Lea Shaklee

KELEBIHAN VITA LEA YANG AKAN  KITA DAPAT JIKA KONSISTEN MAKAN

Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya m ereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 

Kalau korang nak tahu, vita lea yang saya beli masa kandungan saya 32 minggu tu, saya masih boleh makan masa saya tengah pantang.. Selepas jer saya bersalinkan anak saya yang kedua nie, saya terus ambil vita lea nie.. Sebab bila da bersalin, kita banyak kekurangan tenaga dan darah jadi kalau kita ambil vita lea nie, insha Allah memang takan pening kepala dan badan masih bertenaga, walaupun saya da banyak guna tenaga semasa proses bersalinkan anak saya Siti Khadeejah.. Alhamdulillah.. 

Sebelum saya tutup entry saya nie, saya nak mintak jasa baik korang semua untuk klik dan like page 'testimoni saya selepas consume shaklee'.. lepas da klik link tu korang like testimoni saya.. Saya masuk pertandingan untuk memenangi 2 tiket percuma ke bali.. jangan lupa klik dan like tau.. Terima kasih sebab like.. Ok la sampai sini sahaja nak share dengan korang tentang Multivitamin (Vita Lea) shaklee nie.. Kalau badan sihat Insha Allah segala kerja kita boleh buat.. Tapi kalau sakit, kita tak boleh buat apa-apa.. Malah hati pun rasa tak senang sebab badan tak sihat.. Nikmatiilah kesihatan yang Allah bagi kat kita..  Assalamualaikum.. ;-)


Bagaimana untuk mendapatkan MULTIVITAMIN (VITA LEA) Shaklee ini??

Hubungi saya Siti Ruqaiyah +60147380367 Call/SMS/Whatsapp



MENARIK DI BLOG SAYA:






LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments