3 Aktiviti Yang Akan Membuatkan Anak Anda Kreatif

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Harap-harap hari nie semua sihat-sihat belaka.. Dari semalam lagi jerebu da teruk, padahal 2 ari lepas tak jerebu.. Jadi, pastikan diri dan anak-anak minum cukup, makan makanan yang berkhasiat.. Macam saya, Alhamduillah supplement shaklee memang tak pernah miss.. Anak saya pun saya bagi makan untuk kuatkan sistem imun badan dia.. Jadi nak tingkat sistem imun dia saya bagi dia makan chewable vita c, multivitamin dan omegaguard.. Alhamdulillah walaupun jerebu teruk anak saya sihat.. Syukur sangat-sangat.. Yang memberi kesihatan tu Allah, jadi tugas kita sebagai seorang hamba Allah perlu berusaha untuk memastikan tubuh badan kita sihat dan doa jangan tinggal.. Insha Allah..

Panjang lebar pulak berceramah.. hihi.. Sebenarnya saya nak share kat korang semua 3 aktiviti untuk bagi otak anak-anak kita kreatif dan berkembang.. Bukan asyik menghadap tv je.. Dengan anak pun kena beraktiviti jugak.. Barulah otak anak - anak sentiasa berkembang dan apabila kita mengajar dia, dia cepat dapat.. Insha Allah..  Bila dah jadi ibu memang kena sentiasa pikir macam mana nak bagi dia sentiase kretaif, cerdas, cergas dan otak snetiasa berkembang.. Bukan asyik menghadap cerita upin ipin jer.. hihihi...

1-  Bermain Dengan Tanah Liat or Pasir dengan anak kita.

Bila kita main tanah liat or pasir dengan dia otak anak kita akan berkembang dan akan brfikir nak buat bentuk ape.. Pastu bila dia pegang tanah liat tu dia da fikir nak bina apa.. Kalau kita bawak anak kita bercuti di tepi pantai, biarkan anak kita main pasir.. Biar dia sentuh pasir tu, nanti otak dia akan merangsang dan  berfikir nka buat apa dengan pasir nie.. Tapi kalau nak main tanah liat dan pasir kena pantau la.. macam umur Kak Long Khaulah 2 tahun jadi sayaa main sama-sama dengan dia.. baru dia rasa seronok. Kita ajar dia nak buat bentuk apa.. Kalau nak beli tanah liat kat luar tak semulajadi dan warna akan terlekat kat tangan anak.. Bahaya, jadi saya buat tanah liat sendiri.. Jom tengok cara-cara nak buat tanah liat..

Ini adalah antara bahan-bahan nak buat tanah liat

Bahan - Bahan Untuk Buat Tanah Liat

1- 1 cawan tepung gandum ( 1 cawan untuk satu warna, kalau nak dua warna letak 2 cawan)
2- 1/4 garam setiap 1 cawan tepung
3- 1/4 cawan air
4- satu tutup pewarna
5- dua sudu besar minyak masak

Cara-cara Membuatnya

1- Masukkan air ke dalam satu bekas kosong dan letakkan pewarna.. Kacau bagi rata..

nie antara salah satu warna yang saya buat.. warna merah jambu.

2- Kemudian letakkan tepung dan garam pada satu bekas kosong.. Kemudian campurkan dengan pewarna.

Tepung yang dah di gaul dengan garam diletakkan ke dalam bekas yang sudah di campurkan air dengan pewarna..

3- Masukkan minyak dan gaul dan uli sehingga warna sebati.. Kemudian, dah boleh main..

Da siap doh tanah liatnya.. cantikkan.. Saya buat 3 warna.. 

Da siap.. senang je kan.. sekejap je nak buatnya.. Lepas da siap da boleh main tak payah nak jemur.. Yang bestnya tanah liat nie tak melekat kat tangan.. Pastikan tanah liat nie disimpan di tempat yang bertutup.. Kalau masuk angin nanti tanah liat nie jadi lembik sebab kan di buat daripada tepung..

Pandai Kak Long Khaulah tekap..
Seronok tengok Kak Long Khaulah main tanah liat nie.. 

2- Buat aktiviti melukis menggunakan warna air

Aktiviti nie sangat-sangat menyeronokkan.. Sebab Kak Long Khaulah sangat-sangat suka melukis menggunakan warna air.. Walaupun tak nampak bentuk apa yang dia buat tapi dia akan penuhkan satu lukisan tu dengan campur-campurkan warna.. Kalau tangan or baju terkena warna air biarkan nanti boleh basuh..




Kak Long Khaulah menggunakan ubi kentang yang sudah di ukir dan copkannye pada kertas lukisan

Mula-mula saya buat bentuk menggunakan ubi kentang.. Dulu masa sekolah rendah kan pernah buat macam nie.. Ukir ape-ape dekat ubi kentang pastu copkan pada kertas lukisan.. Ataupun ambil batang pokok pisang kemudian letak warna air dan copkan pada kertas lukisan.. Tapi bila Ka Long Khaulah dapat ubi kentang tu dia bukan cop tapi dia seretkan je pada kertas lukisan.. huhu.. Dia masih tak faham lagi, tapi tak pe la yang penting dia seronok menggunakan warna air dan ketas lukisan tu..

Nie hari selepasnya, lepas mandi terus mintak nak mewarna guna color air..

3- Bermain Puzzle ABC

Bermain puzzle nie pun menyeronokkan.. Kita boleh tengok sejauh mana anak kita cantumkan bentuk - bentuk atau huruf-huruf mengikut bentuk dan huruf yang sesuai.. Macam untuk Kak Long Khaulah saya belikan dia puzzle dalam bentuk huruf ABC.. Dia cantumkan puzzle -puzzle nie dari A sehingga Z.. Pastu dia cakap, da siap! hihi.. Comel je..

Nie la puzzle ABC yang saya beli.. Murah jer rm4.50 siap ade nombor sekali..

Mula-mula main puzzle duduk..


Last-last main puzzle sambil baring.. Tapi dia stil main sampai dia cantum semua huruf-huruf..

OK sampai sini je nak share dengan korang aktiviti yang korang boleh main dengan anak-anak.. Ianya sangat menyeronokkan dan membuatkan anak anda kreatif..  


MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments