Resepi Kek Coklat Moist Meleleh..
Assalamualaikum.. Hai semua.. Da tiga hari tak update blog.. Sebab saya balik rumah mak saya.. Jadi, internet xdak, tu yang tak update blog.. huhu.. Kat rumah mak saya, terasa rindu sangat nak update blog.. Sebab da biase.. Hihi..
Saya tengok pun tiba-tiba jer terasa nak makan kek nie malam nie...
1- 3 biji telur
2- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan A
1- 1 cawan serbuk koko
2- 1 cawan gula/ gula kastor
3- 1 cawan susu pekat manis
4- 1 cawan susu cair
5- 1 cawan minyak masak
Bahan B
1- 1 1/2 tepung gandum
2- 1 sudu kecil baking powder
3- 1 sudu kecil soda bikarbonate
( Bahan B nie di ayak)
Cara-cara Membuatnya
1- Bahan A perlu di masak dengan api perlahan sehingga semua bahan larut..
2- Pukul telur sehingga 5 or 10 minit dengan mixer..
3- Kemudian, bahan A campurkan dengan telur yang sudah di pukul dengan mixer tadi.. Gaul sehingga rata..
4- Kemudian masukkan esen vanila dan bahan B sedikit demi sedikit.. Gaul sehinga semuanya sebati..
5- Selepas itu, masukkan dalam loyang dan kukus sehingga 1 jam 30 minit..
Topping
1- 1 cawan serbuk koko
2- 1 cawan susu pekat manis
3- 2 sudu besar butter
4- 1/2 cawan susu cair
Cara-cara Membuatnya
1- Masukkan kesemua bahan kedalam kuali dan masak dengan api yang perlahan.. Kacau sehingga semua bahan larut..
Pastikan kek tu sejuk baru keluarkan dari loyang.. Bila kek da dikeluarkan dari loyang baru la boleh letak topping dan hiaskan dengan chocolate rice.. Kek coklat nie memang moist dan sangat-sangat meleleh coklatnye.. Bukan setakat tu je, kek coklat nie gebu, kalau makan memang tak muak.. Bila makan tu memang sehingga menjilat jari la.. Ayah saya pun puji kek coklat saya nie sedap.. Ayah saya bukannya jenis senang nak puji makanan orang tapi bila dia makan kek saya nie dia siap puji lagi, sedap dan memang boleh jual.. Terharu jugak la.. huhu.. Jadi, kalau korang nak buat pun tak rugi.. Bahan-bahannya tak susah.. Dan kalau korang malas nak buat boleh la tempah kat saya.. Murah jer.. 1 biji kek saya jual rm40 termasuk penghantaran.. Harga boleh di[ertimbangkan..Ataupun kalau korang nak buat kek coklat moist meleleh nie untuk doorgift masa kenduri kawin or untuk akikah or apa-apa program boleh la tempah dengan saya..
Ini la kek yang orang tempah tu.. 1 biji saya jual rm40
Bagaimana untuk menempah Kek Coklat MOist Meleleh ini??
Hubungi saya Siti Ruqaiyah +60147380367 Call/SMS/Whatsapp
MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU
0 comments