Resepi Mihun Goreng Homemade~Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.. hai korang semua.. hari nie, saya nak share resepi mihun goreng.. sangat - sangat mudah dan simpel.. Kalau nak jamu tetamu datang memang makanan nie yang cepat dan mudah di buat.. Pagi nie, sarapan pagi saya masak mihun goreng.. Sepatutnya nak masak awal pagi, tapi terlambat sikit pukul 9.30 pagi baru start masak.. Ahamdulillah 15 minit je da siap.. hihi..


Terliur pulak... hihi..

Sekejap je kan nak buat.. Tapi sebelum berhempas pulas selalunya saya akan makan 3 supplement penting nie iaitu vita c, b complex dan vita lea. 3 supplement nie memang wajib saya makan sebelum nak buat kerja di dapur.. Sebab 3 supplement nie akan memberikan saya tenaga dan tak lesu serta fokus dengan kerja saya sepanjang hari.. Satu lagi yang bestnya dengan supplement nie, ianya membuatkan saya kurang stress.. korang pun boleh cuba..

Oppsss terpanjang pulak bercerita.. Resepinya tak tulis lagi.. hihi.. OK jom kita tengk resepi mihun goreng nie..

Resepi Mihun Goreng Homemade

1- Mihun goreng (suku bungkus or setengah bungkus) - mihun nie perlu di rendam
2- 3 ketul ayam ( potong bahagian isi dna tulang jangan di buang)
      - ayam nie ikut korang nak letak banyak mane
3- 1 biji bawang besar (cincang)
4- sayur sawi (dihiris)
5- 3 sudu besar cili kisar
6- 3 sudu besar sos tiram
7- 3 sudu besar kicap manis jalen/ kicap manis jenama lain
8- setengah kiub ayam
9- garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk
1- 1 biji bawang besar
2- 5 ulas bawang putih
3- sesuku genggam ikan bilis

Bahan hiasan
1- cili merah - dihiris
2- daun sup / daun bawang
3- telur dadar - dipotong panjang-panjang (optional)
                      - kalau ada telur dadar ni lagi sedap

Cara-cara Membuat Mihun Goreng Homemade

1- Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk..

2- Bila da naik bau masukkan cili kisar.. bila da nampak cili sudah pecah minyak masukkan sos tiram, kicap gula dan garam..

3. Kemudian letakkan ayam.. bila ayam da hampr masak baru letakkan karot dan batang sayur sawi.. letakkan sedikit air kalau kering.. letak sedikit je tau jangan banyak sangat.. Kemudian, boleh la letakkan mihun yang di rendam tadi..

4- Bila mihun da sebati  masukkan sayur sawi, cili merah dan daun bawang.. Da siap...  hiaskan dengan telur
dadar..

Mihun goreng terbaik..!!


Senangkan nak buat mihun goreng.. Bahan-bahanya pun tak susah.. Ok sampai sini je nak share dengan korang.. Selamat mencuba..

MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments