Resepi Dorayaki Coklat Homemade ~ Sedap Sehingga Menjilat Jari!!

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Petang nie kita buat dorayaki.. Daripada hari rabu lagi nak buat, tapi tak sempat sebab banyak kerja yang tertangguh.. Bahan dah lama ada cuma nak buat je tak buat-buat.. Biasalah anak dah dua.. kerja rumah makin bertambah.. huhu..

Alhamdulillah hajat nak buat tercapai jugak akhirnya.. Sebenarnya malam kelmarin da buat da.. Tapi buat untuk family sebab family saya datang.. Jadi jamu dorang je la.. saya dapat makan secubit jer.. Sekadar merasa.. Tapi saya ok je sebab saya memang suka menjamu orang.. hihi.. Oleh kerana dapat makan sikit je jadi petang nie saya buat la lagi.. Alhamdulillah puas makan.. haha.. Malam kelmarin saya buat besar-besar bentuknya tapi kali nie saya buat bentuk bulatnya comei-comei jer.. tak payah belah dua..hihi..

Resepi Dorayaki Coklat Homemade

1- 2 biji telur
2- 1/2 cawan gula
3- 1 sudu kecil esen vanilla
4- 1 sudu kecil madu (Optional jer.. saya tak letak pun sebab tak de.. hihi)
4- 5 sudu besar majerin (cairkan)/ minyak (saya suka letak majerin sebab baunya wangi)
5- 1 cawan tepung gandum*
6- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
7- 1/2 sudu kecil baking powder*
8- secubit garam
9- 5 sudu susu segar / susu pekat manis ( saya letak susu segar sebab tak nak manis sangat)

* tepung perlu di ayak

Nie tepung yang sudah di ayak

Cara - cara membuatnya

1- Pukul telur dengan gula sehingga sebati dan gula pun hancur.. Agak-agak dalam 5-10 minit.. Tak payah lama-lama sangat.. Guna mixer tau.. Kalau nak guna tangan pun boleh tapi letih sikit la..

Nie telur dan gula yang sudah di pukul dnegan mixer.. Tap payah bagi kembang.. cuma pukul bagi sebati dan pstikan gula hancur

2- Kemudian letak esen vanilla dan majerin/minyak.. Esen vanilla dan marjerin or rminyak letak sekali dan gaul hingga sebati..

Nie hasil daripada letak esen vanilla dan marjerin

3- Lepas tu masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam.. gaul dengan senduk bagi sebati.. Kalau boleh gaul dnegan senduk, jangan guna mixer nanti adunan bantat.. Saya dah pernah buat, jadi bantat sebab guna mixer mase nak gaul tepung..

Adunan nie selepas letak tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan garam.. Adunan akan nampak pekat dan likat..

4- Kemudian masukkan susu segar or susu pekat manis ke dalam aduanan tadi.. Letak susu untuk bagi adunan tak likat.. kacau bagi sebati dan perap selama 30 minit..

5- Bila da perap 30 minit, da boleh masak da.. kalau adunan terlalu pekat tambah 1 or 2 sudu susu segar atau air kedalam adunan tadi.. selalunya saya akan tambah 1 or dua sudu susu segar ke dalam aduanan bila da perap 30 minit..

Cara Nak Masak..

1- letakkan sedikit majerin ke dalam kuali menggunakan kertas..
2- kemudian boleh la letak adunan tadi dalam satu senduk.. kalau nak dorayaki tu besar guna senduk besar, kalau nak kecil macam saya buat guna senduk kecil sedikit.
3- Bila da nampak adunan tepung tadi berbuih macam gelembung baru terbalikkan.. Pastikan api perlahan je tau..

Adunan tu akan berbuih dan menggelembung macam gambar di atas..

4- Bila da masak boleh la hidangkan.. Da siap..

Dorayaki yang sudah siap masak.. Kalau letak madu lagi cantik warna dorayaki nie.. tapi madu tak de plak.. rasa masih sedap jugak..


Resepi Coklat

1- Serbuk koko 1 cawan
2- susu pekat manis 1 cawan
3- 2 sudu besar butter/majerin
4- susu cari 2- 3 sudu besar (optional)

Cara Membuatnya

1- Masukkan serbuk koko, susu pekat manis, susu cair ( kakau nak letak) dan butter ke dalam kuali.. Pastikan api perlahan saje.. Kacau sehingga semua bahan da larut..
2- Kemudian boleh la sapukan ke dorayaki..

Bila da sapu coklat.. nie la hasilnya..

Sekejap je nak buat dorayaki nie.. Bahan - bahannya pun tak susah.. Kalau tak nak letak perisa coklat pun tak pe.. Selalunya orang jepun letak kacang merah.. Nak try perisa lain pun tak pe.. Ikut cita rasa masing-masing.. Jadi, apa lagi jangan lupa cuba yer.. Selamat Mencuba.. Daa... Assalamualaikum.. ;-)

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. Warna saya jd wrna coklat 😭. Sya nk letak perasa coklat tp terletak coco emoulco. But rasanya klu ltk perwarna kuning telur ok jdnya

    ReplyDelete