My 1st baby: Khaulah Amrina si Mujahidah
My 1st baby: Khaulah Amrina si Mujahidah
Pada 1/10/2013
saya disahkan mengandung.. masa tu, perasaan gembira ni sukar diambarkan..
bersyukur sangat-sangat..
2 Julai 2013: Sehari sebelum tarikh dijangka bersalin |
Pada tarikh 19/7/2013 bersamaan 10 ramadhan 1434H
bersamaan hari jumaat, lahirlah seorang mujahidah yang bernama Khaulah Amrina
binti Kamarul Ariffin, dengan berat 3.2kg
19 Julai 2013 / 10 Ramadhan 1434H, lahirnya seorang mujahidah, Khaulah Amrina binti Kamarul Ariffin |
Pada mulanya saya ingin memberikan nama Siti Nur
Insyirah.. Yang bermaksud cahaya kelapangan.. Perkataan Insyirah ini diambil
sempena nama surah Al-insyirah. Dan surah ini telah menceritakan tentang kesedihan
nabi Muhammad S.A.W kerana pada ketika itu Nbai Muhammad S.A.W telah kehilangan dua orang yang insan yang baginda
sangat kasihi dan sayang iaitu pakciknya Abu Talib dan isteri yang baginda
cintai Siti Khadijah.. Lalu Allah pun menurunkan surah ini kepada baginda untuk mengingatkan baginda tentang nikmat- nikmat yang Allah telah berikan kepada nabi Muhammad
S.A.W dan penyataan Allah bahawa di samping kesukaran ada kemudahan kerana itu
diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal2 soleh dan bertawakal kepadanya.
Surah Al-Insyirah & Terjemahan |
Pada masa tu pula, suami saya Kamarul Borhan mencadangkan nama Siti Nur Khaulah. Suami saya cakap, kalau boleh dia nak anak kami menjadi mujahidah, bersemangat dan berjuang dengan Islam. Khaulah ini di ambil
sempena nama mujahidah pada zaman Sahabat r.a. Nama sebenarnya adalah Khaulah
Al azwar. Khaulah, merupakan panglima wanita perang pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W. Baginda sendiri telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan
Muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Khaulah seorang yang handal
menunggang kuda serta berani dan berkepahlawan. Beliau juga sudah pandai bermain
pedang dan tombak sejak kecil.
Di antara cerita berkenaan Khaulah Al-Azwar:
Khaulah Al-Azwar, Bidadari Besi
Saya dan suami ada juga bertanyakan pendapat Mami Rina
(bassist Alfarabiband) dan suaminya Daddy Ayie (guitarist Alfarabi band)
tentang nama anak saya ini. Mereka mencadangkan
Khaulah Amrina. Yang bermaksud Khaulah pimpinan kami. Supaya Insyallah
satu hari nanti Khaulah akan memimpin muslimat-muslimat yang lain seperti mana
Khaulah Al- azwar. Insyallah.. amin… Walidnya, Kamarul pun selalu memanggilnya 'Khaulah Amrina si Mujahidah'
Khaulah berusia seminggu |
Khaulah di program Alfarabiband World Nw Ethnic 1.0 |
Bersama TokWan Mimi di Kedah (adik Tok Fauziah) |
Jalan-jalan naik stroller di taman |
Di antara hobi Khaulah, panjat belakang walidnya |
Khaulah Al-Azwa menunggang kuda, Khaulah Amrina menunggang motor Fz150 |
Sambut besday Umi |
Bersama nenek kesayangan di Setia City |
Spageti di Alamanda Putrajaya |
Zoo Melaka |
Semakin cergas berjalan |
Yang bestnya Khaulah ada 3 mami, Mami Rina (bassist Alfarabi band), Mami Iela (isteri drummer Alfarabi band) dan Umi Jieba (isteri vocalist Alfarabi band).. untung Khaulah ade 3 mami.. Umi dan Walid doa, semoga Khaulah menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah dan mujahidah islam.. amin.. insyalah..
Mami Rina (kiri gambar) |
Mami Iela (kanan gambar) |
Ummi Jieba (kiri gambar) |
0 comments