Salam dari Mujahidah 313
Assalamualaikum..
Salam perkenalan. Nama saya Siti Ruqaiyah. Selalunya dipanggil Qayah, Siti atau Ruqaiyah. Lahir pada 1Julai 1991 di Selayang, Selangor. Alhamdulillah saya dikurniakan oleh Allah sebuah keluarga yang besar dan bahagia, mempunyai 3 orang ibu. Adik beradik seramai 18 orang. Specialkan? Saya anak ke-4 daripada 7 beradik, tapi itu kalau anak-anak mak saya. Kalu digabungkan semua, saya anak yang ke-10 dari 18 beradik. Kalau betul tujuan dan kaedahnya, seronok dan bahagia sebenarnya hidup dalam keluarga poligami, dapat ramai ibu dan ramai adik beradik.
2010: Adik-beradik bersama Ummi & Arwah Tok di Tandop Kedah |
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuang & Sekolah Agama Kebangsaan Kuang (1998-2003), Sekolah Menengah Bukit Gading (2004-2006), Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh (2007-2008).
2008: Bersama Wani (kiri gambar) & Mira (kanan gambar) di Dewan Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh |
Selepas SPM, saya berkhidmat selama 6 bulan sebagai guru Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI di Cheras.
Melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam (2009-2012) dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik. Di sini saya menyertai persatuan MEKAR (Menjana Kerohanian Akhlak Remaja).
Tidak disangka jodoh saya cepat, saya dirisik oleh abang kepada rakan sekelas saya Sarah Shafiqah setelah baru sahaja menamatkan pengajian diploma saya pada bulan Mei 2012 di mana ketika itu saya sendiri tidak mengenali abangnya. Berkat dari pertolongan abang-abang saya untuk mengenalpasti latar belakang suami, dan juga berkat doa minta petunjuk dari Allah, akhirnya saya diijabkabulkan pada hari Sabtu, 14 Julai 2012 dan menjadi isteri yang sah kepada Kamarul Ariffin Borhan Nordin, atau dikenali sebagai Kamarul Borhan. Ramai rakan-rakan Politeknik yang datang membantu ketika majlis akad nikah.
14 Juai 2012: Setelah diijabkabulkan |
14 Juai 2012: Bersama Suami, Ummi, Abah, Ibu Mertua & Arwah Ayah Mertua |
Suami saya, Kamarul Borhan bekerja sebagai Pengarah dan Jurutera Audio Alfarabi Empire Studio di Kota Kemuning, Shah Alam. Beliau merupakan guitarist dan backup vocalist kepada Alfarabiband. Muzik yang mereka bawa berunsurkan motivasi dan semangat perjuangan.
Alfarabiband: Music For The Next Generation |
Setelah 2 bulan kami berkahwin, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia UTEM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik. Akan tetapi saya tangguhkan dulu niat itu untuk menumpukan dahulu tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan suri rumah.
2 Julai 2013: Konvokesyen di Politeknik Shah Alam. Bersama rakan-rakan sekelas. |
2 Julai 2013: Konvokesyen di Politeknik Shah Alam. Bersama suami. Sehari lagi tarikh dijangka bersalin. |
2 Julai 2013: Konvokesyen di Politeknik Shah Alam. Bersama suami, ibu mertua & Sarah Shafiqah (rakan merangkap adik ipar)/ |
19 Julai 2013: Lahirnya seorang mujahidah, Khaulah Amrina binti Kamarul Ariffin |
Disember 2013: Khaulah berusia 4bulan lebih |
2014: Khaulah setahun lebih |
Pada tahun 2015 ni, Insya Allah saya bakal dikurniakan lagi seorang anak. Dan anak ini dijangka bakal lahir pada 7 Jun 2015. Semoga menjadi Mujahid/Mujahidah. Aamiin.
Mempunyai cita-cita dan minat dalam bidang pendidikan (pensyarah), masakan, kesihatan dan perniagaan. Akan tetapi oleh kerana saya juga mempunyai cita-cita ingin menjadi suri rumah dan ibu yang sentiasa dekat, menjaga dan mendidik keluarga, agak keterbatasan untuk saya bekerja 9 to 5 seperti orang lain. Kini saya sedang mengusahakan perniagaan online dari rumah yang boleh memberi khidmat, kebaikan dan manfaat sesama manusia di samping dapat membantu menambahkan pendapatan suami dan keluarga.
Pada Ramadhan yang lepas 1433H, 1434H & 1435H (2012, 2013 & 2014), saya ada buat perniagaan kecil-kecilan Buah Rotan Ummi Ruqaiyah (resepi enak dari Kuang) |
Itulah serba sedikit perkenalan kisah hidup saya… (1st post 16 April 2015).
MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU
0 comments