9 Tips Untuk Banyakkan Susu Badan Supaya Baby Tidur Lena Dan Sihat

Assalamualaikum.. Hai semua.. Hari nie tak nak share tentang resepi, tapi nak share kat korang semua cara-cara nak banyakkan susu badan.. Hampir 100% wanita yang bergelar ibu sudah semestinya menginginkan susu badannya diberikan kepada anaknya.. Tapi kebanyakkan ibu-ibu yang sudah melahirkan anak akan mengalami kekurangan susu.. Ataupun susu merundum..


Kalau korang nak tahu, perkara ini terjadi kepada saya sendiri semasa anak pertama.. Bukan setakat kurang malah susu badan saya cair.. Allahuakhbar, hanya Allah sahaja yang tahu betapa stressnya saya masa tu.. Dan pada ketika itu anak saya sentiasa menangis sebab susu tak cukup.. Malah kalau tido sekejap je dah terjaga.. Semua ini disebabkan faktor baby minum tak puas..


Kemudian saya pun buat kajian dan buat reseach kenapa susu badan boleh berkurangan.. Dan Alhamdulillah saya mendapat jawapannya.. Untuk anak kedua nie, Alhamdulillah susu badan cukup, pekat dan banyak.. Anak saya yang kedua nie tido puas.. Berat badan pun makin bertambah.. Syukur sangat-sangat..

9 PERKARA YANG PERLU IBU-IBU BUAT UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

1- Pam Jika Baby Tidak Minum Selama 3 Jam

Perkara pertama yang akan saya cakap cara nak banyakkan susu badan adalah dengan pam susu badan kita.. korang tau tak, jika korang tak pam susu korang lebih dari 3 jam, conferm susu badan korang akan bengkak kan.. kadang-kadang smpai basah baju.. Jadi kalau perkara ini berterusan dan korang pun tak pam, automatik otak korang akan berkata korang tak perlukan susu nie, dan sebab tu la kalau korang perasan makin anak besar, susu badan makin berkurangan.. Sebab perkara ini korang biarkan.. Pam dari korang pantang lagi.. Baby yang baru lahir akan minum sikit jer dan akan tido banyak, jadi potensi susu badan akan bengkak tinggi.. Jadi, kalau baby tak minum jangan lupa pam.. 3 jam sekali.. Pam susu badan korang selama 1 jam..
Ini jadual pam yang korang boleh follow..
2- Pam Selepas Baby Minum

Yang Kedua nie pun perkara wajib jugak.. Baby takkan minum sampai buah dada korang kosong. Jadi korang kena pam.. Dan kosongkan payudara korang.. Pam tu selama 1 jam.. 10 minit belah kanan dan 10 minit lagi belah kiri.. Bila payudara korang kosong, baru lah otak akan berkata payudara dah kosong dan perlu diisi dengan susu.. Inilah dikatakan supply n demand.. Satu lagi kalau korang biarkan susu badan tu dan tak di pam selepas baby minum, susu tu akan basi.. Susu basi tu akan menyekat pengeluaran susu dan akan menyebabkan payudara korang akan sakit jugak.. Jadi, pam selepas baby minum sangat penting..


Inilah kuantiti yang baby korang minum.. Jadi dalam pantang kalau tak pam memang rugi..Terutama bagi yang bekerja..

3- Buat Power Pumping


Power pumping ada banyak cara.. Saya selalu buat cara nie..

Power pumping nie korang kena buat pukul 12tengah malam ke atas.. 1 jam jer.. Sebab kalau korang buat time nie hormon prolaktin iaitu hormon untuk banyakkan susu badan akan keluar time 12tengah malam keatas, Insha Allah susu badan korang akan banyak.. Insha Allah kalau korang selalu buat power pumping nie, kadang-kadang kalau baby tak minum selama 2 jam pun buah dada dah bengkak.. Saya sendiri sudah merasainya..

Cara yang kedua ikut pada gambar rajah di atas..


4- Minum Air Masak Sebanyak 3 liter Sehari..



Walaupun dalam pantang krnag kena minum air masak banyak-banyak.. Kalau korang tak minum air masak banyak-banyak sebab tu la susu badan sikit.. Satu lagi nak pesan, kalau boleh selepas baby minum susu badan korang, korang kena minum ar masak.. Supaya susu badan yang baby minum tu korang dapat topap balik dengan air..

5- Makan Jangan Skip..

Gemuk adalah perkara yang paling takut bagi orang perempuan.. Betul tak? Sebab saya pun takut gemuk. Tapi korang tau tak, kalau korang bagi susu badan kat baby, sebanyak 400kalori da terbakar tau.. Sebab tu la kalau korang breastfeed korang akan rasa lapar kan.. Jadi, kalau korang skip makan sebab takut gemuk tu adalah salah.. Makan jer, tapi kena la kawal kuantitinya.. Jangan makan sekali banyak, makan sikit-sikit tapi banyak kali.. Tu baru diet yang betul..

6- Pengambilan Nutrisi Yang Cukup



Perkara nie sangat penting.. Jangan korang tak tau plak.. Kalau korang nak tau jika korang tak mengambil makanan yang cukup zat dan nutrisi, susu badan yang baby minum pun tak cukup zat.. Sebab tu la kalau korang nak tahu kenapa baby korang minum susu badan tapi tetap gak selalu sakit.. Sedangkan susu ibu la yang akan jadi ubat kalau baby sakit.. Hal ini terjadi sebab susu badan yang korang hasilkan tak cukup nutrisi iaitu zat besi kurang.. Jadi sebab itu jugaklah susu badan pun akan jadi berkurangan kalau tiada pengambilan nutrisi yang cukup. Macam saya, saya ambil supplement shaklee untuk cukupkan nutrisi makanan harian saya.. Insha Allah susu badan saya cukup nutrisi dan zat jika saya ambil supplement ini..


7- Pengambilan makanan tambahan

Perkara nie sangat penting untuk membantu membanyakkan susu badan korang.. Makanan tambahan nie adalah makanan yang boleh banyakkan susu badan macam kurma, sayur-sayuran yang boleh tambahkan susu badan seperti lobak putih dan bendi.. Kalau macam saya, saya ambil kurma dan set menyusu shaklee.. Alhamdulillah, hari first bersalin susu badan dah keluar walaupun tak berurut.. Dan baby saya pun kuning sekejap sangat.. Itupun bila nurse datang meawat, nurse tengok pun macam tak kuning..

Set menyusu yang saya ambil..

8- Jangan Stress, Sentiasa Fikir Positive Dan Cukupkan Rehat

Masa saya bersalinkan anak pertama saya banyak stress, mungkin sebab first time dapat baby pastu baby kuning dari hari first bersalin dan kena tahan kat nicu, pastu baby saya pulak tak pandai hisap puting payudara saya.. Jadi faktor-faktor nie yang menyebabkan saya stress dan saya sentiasa fikir susu badan saya sikit.. Korang tau tak, kalau korang stress satu hormon yang dinamakan hormon oksitosin akan terencat, sekaligus merencatkan pemancutan susu ibu. Jadi, cara korang nak hilangkan stress korang kena banyak berzikir dan cukupkan rehat..


9- Berzikir Dan Berdoa

1- Doa untuk Menambahkan Susu Ibu


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. ZikirZikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.


3. Surah Al-Baqarah Ayat 60


9 perkara nie kalau korang buat Insha Allah susu badan korang akan banyak dan tak merundum.. Jadi, kena start dari pantang tau.. Cara pemilihan pum kena betul.. Kita suggest, korang beli pum elektrik.. Baru la nak pum tak letih.. Kita guna pum autumz bliss.. Pum nie memang best.. Yang paling penting bunyi tak kuat dan bila disedut tak sakit.. Masa kita beli pum nie, promosi rm250 dapat freegift banyak.. kita beli kat group facebook sayang ibu.. Kedainya ade dekat tesco setia alam.. Kita rasa masih ada lagi promosi.. Try je la tanya..
Sebelum saya tutup entry saya nie, saya nak mintak jasa baik korang semua untuk klik dan like page 'testimoni saya selepas consume shaklee'.. lepas da klik link tu korang like testimoni saya.. Saya masuk pertandingan untuk memenangi 2 tiket percuma ke bali.. jangan lupa klik dan like tau.. Terima kasih sebab like.. OK la sampai sini sahaja kita nak share dengan korang.. Daa.. Assalamualaikum..



MENARIK DI BLOG SAYA:

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments