Resepi Donut Coklat Dan Donut Gula Yang Gebu Gebas
Assalamualaikum.. Hai semua.. Minum petang hari ini saya nak buat donut.. Da lame sangat tak buat donut.. Resepi nie maksu saya yang bagi.. First time saya buat tahun lepas, memang gebu donut ni..Pastu tak makan minyak.. Siap ade orang tempah lagi.. huhu.. Memang sedap sehingga menjilat jari..
Donut coklat
Donut nie memang sesuai untuk di minum petang.. Saya sebelum makan donut nie saya minum ESP Shaklee dulu supaya tak de la saya makan banyak sebab ESP Shaklee dapat kawal kita daripada nak makan banyak.. Mesti kena minum sebelum makan.. Donut saya nie, makan time panas-panas dan time sejuk pun sedap.. Kalau nak rasa kenikmatannya makn time panas-panas.. Pergh...!! memang terbaik..!! Tapi kalau sejuk pun donat nie still lembut dan gebu.. Kalau nak simpan esok pagi baru makan pun still lembut dan gebu jugak.. Petang nie, saya buat dua jenis, donut coklat donut gula..
Sebelum korang tengok resepi donat nie nak mintak jasa korang semua like link saya nie 'testimoni saya selepas consume Shaklee' kemudian korang like testimoni saya.. Saya nak menang 2 tiket percuma ke bali kalau dapat banyak like..
Donut gula
Resepi Donut Coklat Dan Donut Gula Gebu
1- 250g Tepung gandum ( bersamaan 2 cawan)
2- 1 biji kentang (rebus dan lenyek)
Kentang yang sudah direbus dan di lenyek.. Pastikan lenyek sampai hancur,,
3- 1 biji telur digaul dengan 1/2 sudu kecil garam
Telur yang sudah di campur dengan garam..
5- 2 sudu besar gula
6- 1 sudu kecil baking powder
7- 1 1/2 sudu besar majerin
Majerin yang sudah di cairkan
9- 70-100ml air ais
Cara-cara Membuatnya
1- Masukkan bahan-bahan kering dahulu ke dalam bekas dan gaulkannya..
Kesemua bahan kering dimasukkan dahulu.. Kemudian gaul bagi sebati..
Bahan - bahan kering dan telur telah di campur dan gaul sebati..
4- Kemudian baru masukkan majerin dan uli sehingga doh tak lekat pada tangan..
5- Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik.. (uli selama 20 init kalau guna mesin, kalau guna tangan uli 30 minit)
Doh yang baru lepas di uli
6- Kemudian, perap doh dan tutup adunan dengan plastik wrap.. Dan biarkan doh naik dua kali ganda , anggaran dalam 1 jam. (saya letak dalam bekas tertutup jer..)
Doh yang sudah naik dua kali ganda
Doh yang sudah naik dua kali ganda dan di tumbuk untuk keluarkan angin.. Kemudian ditaburkan tepung untuk tak bagi melekat pada tangan ketika nak buat bentuk..
Doh yang sudah dibuat bentuk dan di dibiarkan naik dua kali ganda dalam 30 minit..
Pastikan minyak panas dan minyak penuh.. Nak masak donut nie kena sentiasa adjust api..
Saya letak dalam bekas polistrin nie, kalau saya jual..
Lepas da penat memasak kita rehatkan diri di taman dengan anak-anak dan suami.. Saya siap bawak bekal satu polistrin ke taman.. Kalau letak dalam polistrin nie senang nak bawak dan makan.. Saja nak menikmati makan donut yang gebu nie di taman.. huhu.. Disamping tu boleh bawak Kak Long Khaulah beriadah..
Ok la sampai sini sahaja saya nak share dengan korang resepi donut nie.. Jangan lupa cuba buat.. Selamat mencuba.. Daa.. Assalamualaikum..:-)
Bagaimana untuk menempah donut yang gebu ini??
Hubungi saya Siti Ruqaiyah +60147380367 Call/SMS/Whatsapp
MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU
0 comments