Resepi Kentang Goreng Homemade ~ Mudah Dan Rangup!!

Assalamualaikum.. Hai semua.. Semalam saya da berkogsi resepi nugget ayam kan.. Jadi hari ini nak kongsi resepi pasal kentang goreng pulak.. Memang sangat mudah dan rangup.. korang semua boleh buat.. Dah tak payah beli kat kedai or kat KFC.. Buat sendiri jer..



Kentang goreng nie antara menu tengah hari saya.. Saya tak nak cerita panjang lebar jom kita tengok acaner nak buat kentang goreng nie ye..

Resepi Kentang Goreng Rangup Homemade

1- Ubi kentang 5biji - kupas kulit
2- 3 sudu besar tepung gandum
3- 1 sudu kecil soda bikarbonate
4- 1 sudu kecil baking powder
5- 1 sudu kecil garam
6- 2 sudu besar breadcrum (optional)

Cara-cara membuat Kentang Goreng Rangup Homemade

1- Kupas kulit ubi kentang dan potong sebesar ubi jari telunjuk or jari tengah..Kalau boleh jangan nipis or
    kecil sebab nanti kalau da rebus nanti kentang tu boleh hancur..
2- Lepas tu letak kentang yang da di potong kedalam periuk dan rebus sehingga kentang tu lembut.. Jangan
    lupa letak garam masa rebus tu ye..

kentang yang sudah direbus

3- Bila kentang dah rebus masukkan tepung gandum, soda bikarbonate, baking poweder dengan
    breadcrum.. Kalau tak letak breadcrum pun tak apa.. Tapi saya lebih suka letak breadcrum sebab lagi
    menyedapkan dan merangupkan kentang tu.


4- Kemudian gaulkan kentang tu sehingga sebati.. Pastikan kesemua tepung, soda bikarbonate, baking
    powder dan breadcrum terkena pada semua kentang yang dah direbus tadi..
5- Kemudian goreng dengan api yang sederhana. pastikan minyak panas ye sebelum letak kentang..

Ini lah hasilnya.. ta daa...

Macam tu la nak wat kentang goreng yang rangup nie.. senang kan.. jadi apa lagi, cuba la korang buat.. Selamat mencuba.. Assalamualaikum..;-)

MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

LAGI ARTIKEL MENARIK

5 comments