Resepi Chocolate Brownies Kedut ~ Sedap Sehingga Menjilat Jari..

   Assalamualaikum.. Seperti yang di janjikan, malam nie nak share resepi brownies kedut.. Satu malam juga la menelaah pasal browies nie.. Buat kek pun kena belajar tau.. Bukan boleh main buat je.. Alhamdulillah, akhirnya jadi jugak brownies kedut ku.. huuuu..


   Dah lama sebenarnya nak buat brownies nie.. Ramai jugak kawan-kawan tanya tak nak buat brownies ke.. dorang kate sennag je nak buatnya.. hahaha.. Memang senang pun.. Nak buat brownies ni kita tak payah pukul telur dan gula sehingga kembang.. Cukup bagi dia sebati jer.. Sebab, kalau korang nak tahu brownies ni bukan macam kek.. rasanya chewy sikit.. Kalau korang tengok macam kek bantat pun ada jugak.. Tapi kek bantat yang sedap la.. hahaha..


   Brownies kedut kita ni dia tak manis sangat.. Kalau orang yang tak suka makan manis-manis memang sesuai la try resepi nie.. Kita da ubah suai resepi nie.. Selalu orang letak gula perang or gula kastor, tapi kita letak gula merah.. Kalau letak gula merah nie, korang kena pukul telur dengan gula merah nie dalam 5minit la sebab nak bagi gula merah tu betul-betul hancur.. Guna whisk pun boleh.. Jom kite tengok resepinya..

RESEPI CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

1) 400g Coklat Masakan
2) 150g unsalted butter jenama anchor
3) 140g gula merah
4) 40g gula pasir (diblender halus)
5) 4biji telur gred A
6) 1sudu kecil esen vanilla
7) 100g tepung naik sendiri
8) 30g serbuk koko

Cara Membuat Chocolate Brownies Kedut

1) Coklat masakan di potong kecil.. Kemudian satukan dengan butter dan cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler sehingga coklat dan butter cair..

Coklat dan butter yang telah cair dengan kaedah double boiler

2) Kemudian dalam bekas lain, satukan telur, gula merah, gula pasir (dibender halus) dan esen vanilla gaul dengan menggunakan whisk.. Pastikan gula merah tu betul2 hancur ye.. putar dalm 5 minit..

Telur,gula,merah,gula pasir (diblender halus) dan esen vanilla dimixerkan

3) Satukan pula tepung dan serbuk koko.. Ayak dulu ye..


Tepung dan serbuk koko diayak

4) Kemudian tuangkan aduanan telur dan gula ke dalam coklat masakan dan ratakan..

5) Kemudian, baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.. Kacau guna spatula sahaja sehingga sebati..

Bila semua bahan telah disatukan

6) Tuang dalam adunan 10x10 yang telah dilapis kertas kek dan oleskan juga dengan butter..


7) Sebelum bakar, pastikan oven sudah di panaskan terlebih dahulu selama 10minit suhu 160darjah celcius.. Bakar brownies selama 40minit dengan suhu 160darjah celcius.. Bila da sejuk baru potong ye..



   Kalau korang nak tahu walaupun brownies nie senang nak buat tapi sebenarnya keknya sangat cerewet.. hahaha.. Sebab kalau nak bakar kek ni suhunya tak boleh terlalu panas.. Kalau terlalu panas nanti kedutnya tak nampak.. Tapi  kadang-kadang penggunaan coklat masakan dan serbuk koko korang tak bermutu tinggi pun boleh menyebabkan kedut tak nampak..Sebab tu la brownies nie mahal.. Buakan sebab susah nak buat tapi bahannya yang mahal..

   Pastu kalau nak bakar tak boleh terlalu lama.. Jadi, kalau first time buat tu tak jadi, jangan putus asa la ye.. Korang kena kenal oven korang dulu macam mana.. Tak semua kek bakar pada suhu dan masa yang sama..
Jadi, selamat mencuba kawan-kawan..











LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments