Amalkan Cara Hidup, Muda dan Sihat

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dapat jugak update blog hari nie.. ok, pada petang jumaat nie, saya nak kongsikan dengan korang sume pasal talk yang saya pegi sebelum nie tentang hidup, sihat dan muda.. Talk nie disampaikan oleh speaker Sarah..

Zaman teknologi yang moden ni, bermacam-macam cara orang nak buat bagi kelihatan cantik dan nampak muda. Salah satu cara adalah dengan suntikan vampire.. macam seram je kan dengar nama suntikan nie.. hihi.. suntikan vampire nie dilakukan dengan cara suntikkan darah kat muka. Tujuannya adalah untuk bagi muka kita tegang.. Memang la, bila dengar suntik darah kat muka macam semulajadi kan, tak de la kite masukkan bahan kimia dalam badan kita, tapi bile pikir balik nak ke kita masukkan darah orang lain dalam badan kita.. kita tak tahu darah tu daripada orang islam or kafir.. bila kita buat suntikan darah tu memang muka akan jadi tegang dan cantik.. tapi darah tu kita tak tahu datang dari mana.. Jadi pikir-pikir kan la mana yang terbaik..

Carta jangka hayat kehidupan
Bila cerita tentang jangka hayat kita, kita tak tahu bila kita akan menghadapa illahi.. tapi selagi kita hidup kita mesti la nak sentiasa sihat betul tak.. Jadi, setiap orang jangka hayatnya berbeza-beza.. jadi, jika jangka hayat kita lama tetapi adakah kita sihat? Peratusan kesihatan lelaki dan perempuan dari tahun 1995-2006 semkain menurun.. ini bermakna orang malaysia, semakin hari semakin sakit.. Kajian telah dibuat pada tahun 2010 penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu adalah sakit jantung dan yang kedua adalah kanser.. Bagi kaum lelaki kanser yang paling popular adalah kanser usus dan bagi kaum wanita pula adalah breast kanser dan yang kedua popular adalah kanser usus..


Penyakit penuaan juga semakin meningkat dari tahun ke tahun.. semakin meningkat usia kita semakin banyak penyakit yang menular di dalam badan kite..Contohnya yang paling tinggi adalah sakit jantung, yang kedua tertinggi kanser yang ketiga influenza dan yang keempat penyakit alzheimer.



Para saintis di Shaklee telah membuat kajian, dalam resveratoral dan polifenol tumbuhan boleh melambatkan proses penuaan di peringkat sel.. Resveratrol adalah salah satu polifenal yang kuat dan lebih 2500 kajian. ianya juga telah dilaporkan mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa hampir seluruh spektrum.. manakala polifenal merupakan bahan aktif dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.. ia memberi tumbuh-tumbuhan dan buah-buhaan warna dan melindungi tumbuh-tumbuhan dan buah - buahan daripada penyakit dan jangkitan.. Resveratoral dan polifenal ada dalam supplement sahklee iaitu VIVIX.   KLIK SINI UNTUK INFO LEBIH LANJUT TENTANG VIVIX



Ada tips yang saya nak kongsikan iaitu, fakta mengatakan kaum wanita yang sudah monopous akan senang nak dapat sakit stroke dan juga ostoporosis.. Jadi kalau tak nak monopous cepat, salah satu caranya adalah beranak banyak-banyak.. bunyi macam kelakar kan tapi tu la hakikatnya.. sebab bila kita beranak banyak - banyak peningkatan telur semakin meningkat jadi peluang untuk monopous akan jadi lambat..

Ada 4 perkara kita akan nampak cepat tua iaitu pengambilan makanan yang tidak sihat seperti fast food.. pastu yang kedua merokok dan pencemaran.. walaupun kita tak hisap rokok tapi kita still dapat menghidu pencemaran yang kotor, contoh terdekat kite semua ade kereta kan.. jadi asap kereta adalah salah satu punca pencemaran udara..

Yang ketiga tekanan.. cakap pasal tekanan korang tau tak bile kite stress salur darah akan bocor jadi senang la untuk apa-apa penyakit masuk, pastu sel badan kite akan mengecut dan penyerapan sel terganggu.. jadi tips untuk hilangkan stress adalah dengan cara senyum.. korang nak tau tak, bila kite senyum kite hanya menggunakan 5 otot sahaja berbanding bile kite masam kite akan menggunakan otot yang bnyak dalam 20 otot. sebab tu la bila kite guna banyak guna otot kedut-kedut di muka akan cepat kelihatan.. jadi lepas -lepas nie senyum la selalu.. satu lagi kalu kita senyum pahala pun dapat sebab senyum itu kan sedekah.. senyum macam saya dan khaulah.. hihi..


Yang terakhir adalah kurang bersenam.. bila kita bersenam blood cycle kite akan lebih lancar.. pastu otot dan tulang kita akan jadi kuat.. bila kita rajin bersenam tulang akan jadi mampat dan sihat..

Dalam kehidupan seharian kita, jika kita ingin sentiasa sihat cadangan hidangan yang perlu kita ambil dalam 1 hari adalah 5 jenis warna buah-buahan dan sayur-sayuran bersamaan dengan 3 mangkuk buah-buahan dan sayur-sayuran.. tapi larat ke kita nak makan banyak tu ataupun memang konsisten ke kita nak makan macam tu.. mesti takkan..

Ada satu lagi info nak bagi tau, pada buah epal kulit dan biji yang paling bagus dimakan,ini disebabkan kulit la yang bagi khasiat pada isi.. jadi khasiat sebenarnya datang pada kulit.. tapi sekarang da tak berkhasiat sebab sekarang kan buah-buahnan da di suntik dan ade pulak telah diawet untuk tahan lama dan untuk tak bagi cepat rosak.. sebab tu kalu nak makan buah kene potong kulit dulu.. kalu tak potong kulit alamatnya kita da makan bahan kimia la..

Jadi secara kesimpulannya, marilah bersama-sama kita mencegah tubuh badan kita daripada pelbagai jenis penyakit.. bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat". Jadi sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.. Insyallah.. Chaiyok2....!!!!

MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments