Kelas nutrisi untuk ibu hamil, selepas bersalin & menyusukan baby
Kelas nutrisi untuk ibu hamil, selepas bersalin & menyusukan bayi
Assalamualaikum.. Hai semua.. ok hari nie saya akan tunaikan janji saya untuk ceritakan kat korang pengalaman mengikuti kelas yang saya pergi iaitu talk tentang nutrisi ibu hamil dan selepas bersalin pada 9/5/2015 bersamaan hari sabtu, yang disampaikan oleh speaker Sarah.. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat.. sebelum tu, saya nak bagi tahu balik, talk nie bertempat di Pinnacle Sunway berdekatan dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon..
Pinnacle Sunway, bersebelahan Sunway Pyramid & Sunway Lagoon |
Sunway Lagoon dari pandangan tingkap ofis Shaklee |
Kelas bermula, diterangkan oleh pakar nutrisi, Puan Sarah |
First sekali, sebenarnya sebelum kita rancang nak hamil, kita da kene jaga pemakanan dan juga sudah mula membuat pilihan kesihatan.. Jadi, pengambilan nutrisi sebelum kehamilan (preconception) ini berkaitan secara langsung dengan kesuburan dan peluang untuk hamil. Sebab tu la kadang-kadang check kat doktor tak ada masalah kesuburan tapi kenapa masih tak pregnant.. Pertama, kuasa Allah, anak tu adalah rezeki, tapi usaha perlu, bila kita da tau kita dan suami kita tak ada masalah kesuburan, kita kene check mungkin nutrisi tak cukup sebab sekarang nie kita dah banyak terdedah dengan makanan yang disuntik.. Sedangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikatakan berkhasiat sebenarnya dah kurang berkhasiat sebab sudah dibuat perubahan genetik.. Jadi pengambilan nutrisi yang cukup sebelum kehamilan sangat penting jangan dipandang ringan tentang perkara nie..
Bila kita da bersalin, nutrisi selepas bersalin juga sangat penting untuk membantu menyokong pemulihan, disamping meningkatkan tenaga dan kecergasan ibu. Ia juga sangat penting bagi menyokong penyusuan dan mengelakan sindrom 'Baby Blues'. Pengambilan nutrisi juga menggalakkan lagi penghasilan susu.. jadi ibu-ibu yang ada masalah kemunduran susu perlulah mengambil nutrisi yang cukup untuk menggalakkan lagi susu badan ibu-ibu.
Itu serba sedikit kepentingan nutrisi, saya bukan nak cerita pasal nie je tapi saya juga nak bagi tahu, dekat Home Office Shaklee nie tempatnya sangat santai pastu boleh bawak anak-anak.. bukan setakat ada taman permainan tapi yang bestnya anak-anak boleh masuk kat dalam kelas.. pastu kalu anak-anak yang naik atas pentas tempat speaker talk, tak de sape nak mara sebab memang budak-budak aktif jadi bagi ibu-ibu yang mengikuti kelas nie tak de la segan kalu anak die terlalu aktif.. keselamatan anak semasa ibu-ibu tengah mendengar talk kia terjamin sebab ibu-ibu memang boleh nampak apa yang anak-anak mereka buat.. Seronokkan.. Sebab tu saya cakap tempat nie santai.. hihi.. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan ibu-ibu yang lain, pastu dapat berkongsi ilmu dengan mereka.
Ruang untuk permainan kanak-kanak |
Makan roti & sup cendawan sementara menunggu kelas bermula |
Kak Iela bermain dengan baby rakan ibu yang lain yang hadir |
Sesi santai kelas: Tidak perlu risau untuk membawa anak-anak untuk hadir ke kelas |
Kamarul kuasa dua: Suami saya Kamarul Borhan (berkopian 313) bersama rakan karibnya / rakan kelas UTHM, Master Kamarul Baharin (isteri Master Hadhatina) |
Sampai sini je apa yang saya nak ceritakan.. Sebelum tu, saya nak bagi tau, kelas ni akan diadakan beberapa kali dalam sebulan.. jadi bagi sape yang terlepas tu boleh pergi pada next kelas.. Kalau sape-sape yang nak datang nanti saya update jadual.. tapi kalu segan dan tak tahu jalan boleh je pergi dengan saya.. saya boleh temankan.. banyak kali dengar lagi bagus dan lagi cepat ingat..
Check kesihatan secara percuma. Set appointment, boleh pergi bersama saya |
Kak Iela check kesihatan |
Penerangan keputusan kesihatan & nutrisi yang perlu diambil |
Antara jadual di dalam bulan Mei 2015. Untuk kelas Nutrisi Ibu hamil & selepas bersalin di Sunway, 27 Mei 2015 jam 4:30pm-6pm. Cik/puan2 boleh pergi bersama saya sekiranya tiada rakan. |
MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU
0 comments