Cara Senang Nak Buat Lukisan Kartoon Daripada Buttercream

Assalamualaikum.. Hai semua.. Sudah lama tak update blog.. Memang tak sempat.. Korang nak tau tak, selain daripada saya menjual Shaklee saya juga menjual kek.. Tak kisah kek apa pun.. Sama ada kek hari jadi, anniversary, kek tunang or kek sanding.. Insha Allah saya boleh buat.. Nanti saya akan share dengan korang resepi-resepi kek yang gebu dan sedap..

Tapi hari ni saya nak share dengan korang cara yang paling simpel dan senang nak buat kartoon daripada buttercream.. sangat senang dan kornag pun boleh buat.. Tapi sebelum tu saya nak share dengan korang buttercream yang saya selalu guna.. Resepi buttercream ni sebenarnya banyak tapi yang selalu saya guna adalah butterream ni..

Resepi Buttercream

1) 500g creamwell
2) 250g shortening
3) 50g butter
4) 250g gula aising

Cara Membuatnya

1) Masukkan semua bahan dan putar dengan speed perlahan bagi semuanya sebati.. Bila dah sebati tukar kepada speed tinggi dan putar hingga kembang..
2) Anggaran dalam 5-7 minit.. ikut mixer korang..

Jom kita tengok cara nak buat kartoon daripada buttercream..

Perkara yang utama mestilah kena tahu bahan-bahan yang digunakan untuk buat kartoon buttercream nie..
1) Buttercream yang telah diasingkan mengikut warna yang dikehendaki
2) nozel saiz 2
3) Print gambar kartoon mengikut cita rasa or kesukaan korang

Contoh gambar kartoon yang telah diprint.. Gambar ni korang kena ikut bape inci korang nak saiz kartoon..

4) kertas minyak
5) pensel


Cara2nya..

1) first sekali korang kena tekap gambar yang korang print tadi tu di atas kertas minyak.. Macam yang saya buat, saya potong satu-satu bhaagian badan kartoon tersebut dan tekap, sebab kertas minyak yang saya gunakan tak berapa nampak.. korang kena guna kertas minyak yang lutsinar.. kalau tak jenuh kena buat macam saya..



2) Bila da siap tekap, korang terbalikkan kertas minyak tu, then korang lakar la ikut warna kartoon korang.. Tapi first sekali korang kena buat background die dulu.. mesti kena warna hitam baru nampak cantik..

Kertas minyak ni korang terbalikkan tau.. takkan nak decorate kat atas bekas dakwat pensel pulak kan..

3) Lepas da lakar background korang warnakan body dalamnya ikut warna kartoon korang.. macam yang saya buat..



4) Lepas tu, ambil berus lukisan yang bersih korang sapukan bagi buttercream tu rata.. Lepas semua badan dah diwarnakan korang ambil la apa-apa warna buttercream korang warnakan satu lukisan kartoon tu.. Macam yang saya buat..




5) Kemudian masukkan dalam freezer tempat beku tu.. agak-agak dalam 4 or 5 jam korang keluarkan.. kalau dah beku boleh la letak terus kat atas kek.. tapi kalau masih belum beku, bekukan lagi buttercream tu.. Nanti akan jadi macam ni..

Inilah gambar pooh yang sudah dibekukan dan dicabut kertas yang dilapik sebelum ni.

6) Bila dah beku tu korang kena cepat-cepat terus letakkan kat atas kek.. Sebab takut nanti buttercream ni cair.. Macam yang saya buat untuk kek seorang customer ni.. Dia nak gambar kartoon naruto sempena hari jadi husbandnya.. Lepas tu tepi-tepi kek tu korang decorate la ikut corak korak..


kartoon naruto yang sudah dibekukan..

Kek Pandan Chocolate Marble with Ganache Chocolate
Decoration : Kartoon Naruto


























LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments