8 Tips ketika berpantang supaya Tidak Bentan

Assalamualaikum..

Hai semua.. Hari nie saya nak berkongsi tentang tips-tips berpantang untuk ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan baby..

Berpantang adalah perkara yang penting untuk ibu-ibu semua perlu buat untuk elakkan daripada bentan.. Selain itu, ia untuk bagi badan sihat dan bertenaga.. 

Alhamdulillah sudah hampir sebulan saya berpantang.. Tapi, masih tak cukup hari lagi.. Sekurang-kurangnya 44 hari kite perlu berpantang.. Tips-tips nie saya gunakan semasa berpantang.. 

Alhamdulillah badan rasa sangat bertenaga, tak letih dan tak lesu walaupun luka jahitan saya panjang.. Yang paling menyeronokkan susu badan saya banyak dan pekat.. Baby saya tak kuning dan tido lena je.. Syukur sangat-sangat..

Dalam berpantang ade beberapa perkara penting yang perlu di buat.. Kalu tak buat, badan akan sakit-sakit dan lesu.. Kadang-kadang boleh sampai pening pale n boleh pitam.. 


8 Tips ketika berpantang supaya Tidak Bentan

1) Hari pertama bersalin perlu mandi wiladah
Niat mandi wiladah nie untuk bagi badan kembali bertenaga selepas kite penat meneran.


2) Berurut 3 hari
Kene berurut supaya urat-urat badan yang kembang akan kecut balik.. Bila urat banyak  kembang angin senang masuk jadi sebab tu  badan jadi sakit-sakit dan tak selesa.. Bak kata orang, urat masuk angin..


3) Mandian herba
Mandian herba nie untuk mengembalikan tenaga serta menyegarkan badan kita..  Selain itu, ia dapat memulihkan vagina yang terkoyak  semasa bersalin serta dapat mengetatkan vagina seperti anak dara. Mandian herba nie boleh dibeli di kedai-kedai jamu..


4) Bertungku
 
Bertungku nie kene hari-hari buat supaya darah-darah beku yang ada kat dalam rahim keluar.. Satu lagi rahim akan cepat kecut.. Serta untuk mengetatkan kembali miss v..


5) Tangas
Bende nie paling best..macam sauna..kalu buat tiap2 hari memang boleh kurus..


6) Bengkung
Untuk mengembalikan bentuk badan yang langsing, perlu rajinkan diri untuk bengkung..  Cari la bengkung moden, senang dipakai dan dicabut..


7) Pilis dan param

Pilis dan param nie untuk diletakkan di dahi dan perut.. Supaya perut cepat kempis n rahim pun cepat kecut.. Dan juga untuk elakkan angin masuk ke kepala..


8) Pengambilan Supplement or Jamu
Saya pantang anak kedua nie, saya mengambil supplement set berpantang shaklee.. Alhamdulillah sangat berbeza masa berpantang anak pertama.. Set nie, dari hari pertama bersalin da boleh ambil, jadi badan sentiasa bertenaga dan xlesu.. Yang paling best susu badan banyak dan pekat..baby pun tido lena..Alhamdulillah..


Jadi,kat sini, saya nak nasihatkan ibu-ibu semua supaya berpantang selepas bersalin.. Kalau tak berpantang kesannya akan terjadi selepas habis pantang.. Badan akan sakit-sakit, buat kerja sikit, badan jadi tak larat..

Selain itu, kesannya akan jadi sakit pada sendi-sendi.. Perkara-perkara ni akan terjadi bila kita tak pantang betul-betul.. Gunakan lah masa 44 hari nie untuk kita rehat dan pantang betul-betul.. 

Sebelum saya tutup entry saya nie, saya nak mintak jasa baik korang semua untuk klik dan like page 'testimoni saya selepas consume shaklee'.. lepas da klik link tu korang like testimoni saya.. Saya masuk pertandingan untuk memenangi 2 tiket percuma ke bali.. jangan lupa klik dan like tau.. Terima kasih sebab like.. OK, sampai di sini sahaja perkongsian saya.. Assalamualaikum..


MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments